Sebagaimana kita tahu, umat Nabi Muhammad
dilarang membina binaan yang berbentuk objek yang bernyawa :
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أصحاب هذه الصور يوم القيامة يعذبون فيقال لهم أحيوا ما خلقتم وقال : إن البيت الذي فيه الصور لا تدخله الملائكة .
“Maka Rasulullah saw bersabda : Pada hari Kiamat, pembuat imej akan di azab dan dikatakan kepada mereka : beri nyawa kepada mereka yang kamu telah ciptakan, dan baginda bersabda : sesungguhnya rumah yang didalamnya ada lukisan/ukiran/imej tidak akan dimasuki malaikat” [Hadith Riwayat al-Bukhari #1999, Muslim #207].
Sabda baginda
lagi, berkata Abu Talhah, Aku mendengar Rasulullah
bersabda :
لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة تماثيل
“Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing atau patung” [Hadith Riwayat al-Bukhari #3053, Muslim #2106].
Ogos 28, 2007 at 10:37 am |
Tetapi hadith yang tuan post bercanggah dgn hadith dibawah.. tolong huraikan kerana ana ada banyak anak patung mainan macam ultraman, power rangers & sebagainya.
Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:
Sesungguhnya aku biasa bermain dengan anak-anak patung aku di sisi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila rakan-rakan aku datang (untuk bermain sama) mereka beralih pulang kerana takut kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memanggil mereka kembali (untuk bermain-main) dengan aku. Riwayat Ahmad, Muslim & al-Thabarani
Ogos 29, 2007 at 12:43 am |
Tiada percanggahan antara 2 hadis.
Hadith yg tuan bawa tentang Aisyah bermain anak patung adalah sebelum datangnya hadith yg melarangnya.(malaikat tidak masuk rumah).
Diawal Islam Nabi tidak melarangnya, hukum belum mantap pada masa itu.
Soalnya patung yg bagaimana? Patung yg menyerupai makhluk yg bernyawa seperti manusia dan binatang. Tentang ultramen dan power rangers sy tidak berani komen, apakah kategori mereka……
September 8, 2007 at 5:48 am |
Alangkah baiknya kalau para ulama hadis meletakkan time stamp kat setiap hadis kan.. barulah kami yang tak arif ini serba sedikit tahu..
Ogos 4, 2009 at 3:50 pm |
kalou gambar habib atw para ulama g mana?
September 2, 2009 at 1:10 am |
salam..nak tanya
bagaimana dgn lukisan manusia atau binatang dilukis dlm kertas..
ade x hadis dan penerangan tentang tu?