Arkib bagi Kategori ‘Jahat’

Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan

Julai 30, 2007

Furqan [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

“Man amila solehan falinafsihi, waman asa a fa alaiha”

April 16, 2007

Jaathiyah [15] (Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.

Fussilat [46] Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya

Tidak sama baik dan jahat

Mac 19, 2007

Fatir [34] Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Perbuatan Baik menghapus kejahatan

Mac 19, 2007

Dari Abdullah  r.a. katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, Ya Rasulullah! Aku telah berdosa, kerana aku bermesraan dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah. Aku telah berbuat dosa dengannya selain bersetubuh. Inilah aku datang, hukumlah aku dengan hukuman apa saja yang hendak anda jatuhkan.

Maka berkata Umar r.a. kepadanya, Seandainya engkau menutupi rahsia dirimu, nescaya Allah tidak akan menghukummu.

Kata Abdullah, Nabi s.a.w. tidak membantah sedikit jua pun ucapan Umar tersebut.

Maka berdirilah lelaki itu kemudian dia pergi.

Kemudian Nabi s.a.w. menyuruh seseorang menyusul dan memanggilnya kembali. Lalu beliau bacakan ayat ini:

Hud [114] Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Maka bertanya seorang anggota jemaah yang hadir. Ya Nabiyallah, Apakah ayat itu ditujukan khusus bagi dia saja. Jwab nabi s.a.w. “Bahkan untuk seluruh umat manusia!”

Di dalam hadis yang lain pula, Sabda Baginda:
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad)


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 63 other followers