Archive for the ‘Kiamat’ Category

Pertanyaan dan jawapan kepada kafir tentang hidup semula

Mac 26, 2007

Sajadah [10] Dan mereka (yang kafir) itu berkata: Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Betulkah demikian? (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.

Ya-sin [79] Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? Ya-sin [79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Israa [49] Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baru? [50] Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi [51] Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)! Mereka pula akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula? Katakanlah: Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!

Kiamat semakin dekat

Mac 26, 2007

Jika ditanya bila Kiamat, jawabnya “dekat“.Benda yang telah berlalu menjadi semakin jauh kerana ia semakin hari semakin jauh meninggalkan kita. Benda yang belum berlaku akan semakin dekat semakin hari berlalu:-

 Al-Ahzab [63] Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.

Al-Anbiya [1] Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya

Al-Qamar [1] Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.

Al-Maarij [6] Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku). [7] Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku).

Israa [51] ……Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!

Satu hari di mahkamah Allah

Februari 2, 2007

 Yassin [65] Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.  

Setiap Manusia di sertai 2 malaikat

Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; 

Bumi turut menjadi saksi

Zalzalah [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 64 other followers