Ciri2 orang bertaqwa

Al-Baqarah [2] Kitab Al-Qur’an ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. [3] Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,  dan mendirikan sembahyang,  serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada merekaAli Imran [134] Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,  orang yang menahan amarahnya, dan orang yang memanfaatkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihani orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.   

Az-Zariyat [15] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. [16] (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. [17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. [18] Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). [19] Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

Qaf [31] Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). [32] (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);[33] (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat.

4 Respons to “Ciri2 orang bertaqwa”

  1. TAQWA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENDIDIKAN « Refleksi Spiritual Says:

    […] Beberapa Ciri-ciri Orang Bertaqwa Dalam […]

  2. TAQWA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENDIDIKAN « REFLEKSI SPIRITUAL Says:

    […] Beberapa Ciri-ciri Orang Bertaqwa Dalam […]

  3. Abed Saragih Says:

    niec info :)

    kunjugan balik nih

  4. syazwan Says:

    Apakah yang dimaksudkan dengan ‘orang yang memanfaatkan kesalahan orabg lain’..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 67 other followers

%d bloggers like this: