Archive for Disember 2006

Dakwah dan didik anak, masyarakat

Disember 26, 2006

Gunakan teknik doktor yang baik. Doktor yang baik tidak terus bertanya “encik sakit apa?”, sebaliknya “sila masuk en..xxx, u kerja kat xxxxx kan..dah lama kerja situ..bagaimana saya boleh bantu cik?. Doktor yang baik juga akan mengkaji simptom (tanda) penyakit dan cuba mencari puncanya barulah memberri transkripsi ubat.

Begitu juga dalam berdakwah dan mendidik anak. Cari punca mengapa mereka menjadi liar, mat-rempit, kaki skodeng, minah bohsia dan sebagainya. Bukan terus menghentam mereka dengan kata-kata dan jelingan tajam. Dekati mereka, berkawan dan tanya apa yang mereka minat. Contohnya tanya mereka tahu guna komputer atau tidak. Kalau mereka cakap tahu, minta mereka ajarkan. Kalau mereka tak tahu, kita ajarkan.

Kalau kita tidak mengambil peluang mendekati mereka, ramai lagi penganut agama lain yang akan mendekati mereka. 

Begitu juga dalam mendidik anak. Kita boleh menggunakan berbagai cara. Cara yang paling ekstrem seperti :-

  • menyuruh mereka solat bila tiba waktu, hanya boleh menonton berita di tv.
  • membiarkan sahaja apa yang mereka ingin lakukan

Timbulkan minat, jangan memaksa 

Yang terbaik ialah kita timbulkan minat mereka terhadap agama agar bukan sahaja dihadapan kita mereka solat malah di mana-mana sahaja. Kalau kita terlalu memaksa mereka solat (dan menjadi baik), mereka mungkin akan berbuat demikian di hadapan kita sahaja. Berapa ramai yang bersolat dan bertudung di rumah, masuk universiti buka tudung.

Berdakwahlah secara bijaksana. Mainakan peranan masing-masing samada ibubapa, guru, pemimpin. Tiada guna kita menyalahkan satu sama lain.

Bersyukurlah

Disember 22, 2006

Al-Baqarah [152] Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan;  dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur. 

Al-Baqarah [172] Wahai orang yang beriman!  Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah,  jika betul kamu beribadat kepada-Nya.

An-Nahl [114] Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik,  dan bersyukurlah akan nikmat Allah,  jika benar kamu menyembah-Nya.

Saba [15] Sesungguhnya bagi penduduk Saba, ada tanda-tanda yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kebun,  yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun! 

Al-Ankabut [17] Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala bukan menyembah Allah,  dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta.  Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepada-Nya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.

Luqman [12] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,  (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah  Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya,  lagi Maha Terpuji. 

Luqman [14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.

Sedikit sahaja yang bersyukur

Disember 22, 2006

Al-Mukminun [78] Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati untuk kamu bersyukur; tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Saba [13] ………Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur.

Al-Aadiyat [6] Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

Balasan Kesabaran

Disember 21, 2006

Ar-Ra’d [24] Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amalmu.

Al-Mukminun [111] Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya. 

Al-Furqan [75] Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya.

Al-Qasas [54] Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan,  dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Al-Insan [12] Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera

Doa minta kesabaran dan mati dalam Islam

Disember 21, 2006

Baca mulai dari “Rabbana…….”

Al-A’raf [126] Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepada-Mu).

Sabar

Disember 21, 2006

Ali-Imran [200] Hai orang yang beriman!  Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah,  supaya kamu berjaya. 

Al-Anfaal [66]  Dan (ingatlah) Allah beserta orang yang sabar.

Terima isteri seadanya

Disember 18, 2006

[An-Nisaa 19] bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

Contoh Isteri Yang Baik dan Yang Tidak Baik

Disember 18, 2006

Isteri yang Tidak Baik

At-Tahrim [10]Allah mengemukakan satu perbandingan bagi orang kafir iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut;  mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba kami yang salih; dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka suami mereka tidak dapat membela mereka dari (azab) Allah,  dan dikatakan kepada keduanya: Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang yang masuk (ke situ).

Isteri yang Baik – Mashitah
At-Tahrim [11]Dan Allah mengemukakan satu perbandingan kepada orang mukmin iaitu: isteri Firaun, ketika ia berkata:  Wahai Tuhanku!  Binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah dalam syurga,  dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim. 

Ujian

Disember 18, 2006

Al-Ankabut [2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:  Kami beriman,  sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

 Al-Mulk [2] Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun. 

Harta Karun | Qarun

Disember 18, 2006

Al-Qasas [78] Qarun menjawab:  Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. Tidakkah ia mengetahui,  bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya iaitu orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan?  Dan orang yang berdosa apabila mereka diseksa tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka.

 [79] Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Berkatalah orang yang inginkan kesenangan hidup dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.

 [80] Dan berkata orang yang diberi ilmu: Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal salih; dan tidak akan dapat menerima pahala yang demikian itu melainkan orang yang sabar.