Islam itu adil

An-Nahl [90] Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya

Islam dan keadilan ibarat kembar siam, tak dapat dipisahkan. Berlaku adillah kepada mereka yang dibawah kekuasaan kita seperti anak, isteri. Kalau kita seorang pemimpin, berlaku adillah kepada rakyat sepertimana dalm Kisah Sayyidina Umar.

Umar dan Saad Abu Waqas

Saad merupakan salah seorang gabenor yang dilantik oleh Umar di Kuffah. Saad telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberi peluang peniagaan kepada ahli keluarganya dan telah membina sebuah banglo/mahligai yang besar. Bila berita ini sampai kepada Umar, beliau memerintahkan agar mahligai Saad dirobohkan kerana Umar bimbang mahligai itu menjadi simbol kezaliman dizaman beliau.

Umar dan seorang janda

Satu hari Umar dan pembantu peribadinya Zaid Aslam menyamar untuk melihat kehidupan rakyatnya. Tiba disuatu kawasan, Umar terdengar suara kanak-kanak menangis. Lalu Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Beliau melihat ibu kanak-kanak itu sedang merebus air dan batu. Bila ditanya kenapa ibu itu merebus batu, jawab wanita itu “saya seorang janda, telah kehabisan makanan dan wang. Saya merebus batu ini agar anak saya berhenti menangis kerana menyangka itu adalah gandum yang dimasak. Diakhirat nanti saya akan mendakwa Khalifah Umar atas perkara ini.

Umar kemudian balik dan mengambil khazanah negara seperti gandum dan minyak. Beliau memikul sendiri barang-barang itu diatas bahunya kerana tidak mahu dosa ke atas wanita tadi ditanggungnya. Umar sendiri memasak dan menyuapkan makanan kepada anak perempuan itu.

Berita Harian 26/11/2006 di Kodiang, Kedah“Kami sekeluarga pernah tidak makan nasi selama enam hari dan hanya menjamah buah-buahan. “Nasi berlauk garam biasa saja bagi kami sekeluarga,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: