Islam suruh berfikir dan mengkaji untuk kukuh iman

Aali Imran – [190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

An-Nisaa [82] Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

Para Nabi dan Malaikat juga pernah bertanya Allah untuk memperkukuhkan iman dan agar tenang hati mereka:-

Al-Baqarah [260] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

A’raf [143] Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

Al-Baqarah [30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

3 Respons to “Islam suruh berfikir dan mengkaji untuk kukuh iman”

  1. irwan007 Says:

    btul tu..tp cuba ko tgk comnt dlm blog aku http://irwan007.wordpress.com/dakwah-kristian/#comment-25
    ade seorg org indon muslim tlah klur islm.

  2. sulaiman Says:

    Biarkan quran sendiri yang menjawabnya:-

    An-Nisa [82] Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

    Kami telah buktikan bible banyak perselisihan. Buktikan Quran itu ada perselisihan.

  3. abdul hayy haziq Says:

    bagi org islam yg kufur tu…

    auzibahminalzolik….
    nanti kata kan pada nya die telah menempah tampat di neraka..
    putuslah rahmat dr allah pd sesiapa yg kufur padanya..
    padahal Allah swt lebih tau apa yg di buat nya..

    die maha kuasa…(ALLAH MAHA ESA)
    die sudah tahu siapa hamba2 nya yg taat..
    die juga yg mengkafirkan yg kafir..
    dan yg kafir tu…
    ALLAH swt bukan menganai nya(hamba yg kufur)
    ALLAH swt tidak pernah menganai hambanya(terdapat dlm al-quran)
    tetapi..
    hamba yg kufur atas ke hendak ALLAH..
    atas tidak melakukan suruhan allah
    dan telah melakukan larangan nya..
    itulah yg berlaku pd org indon yg kufur itu..

    ingat dgn melakukan solat..
    nescaya ALLAH tujan sekalian alam..
    akan tutupkan kesesatan bagi nya(terjaga iman nya)

    subahanallah…
    sama2 kita beribadat kpd ALLAH..

    dr:ABDUL HAYY HAZIQ
    MALAYSIA
    hanyalah hamba ALLAH yg mengjaga kebenaran islam
    berpeganglah pada al-quran dah hadis..
    agar kamu tidak akan sesat selama-lama nya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: