Archive for Mac 2007

Ayat Quran dan Hadis tentang Doa

Mac 27, 2007

DOA SECARA PERLAHAN 

Maryam [3] (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan

Berdoa secara senyap (perlahan) dan khusyu’ Allah terima dan lebih afdal. Allah bukan pekak atau tuli kata Nabi, Tuhan sentiasa bersama kamu:-

Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang gaib, sesungguhnya kalian sedang berdoa kepada Tuhan Yang maha Mendengar lagi Maha Dekat; Dia selalu bersama kalian (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)

MENGANGKAT TANGAN 

Sabda Rasullulloh Shollallahu ‘alayhi wa sallam :
“Sesungguhnya Rabb kalian itu adalah Dzat Yang Maha Pemalu dan Maha Pemurah, Dia merasa malu terhadap hamba-Nya yang menengadahkan tangannya kepada-Nya kemudian Dia mengembalikannya dengan hampa“. (Hadits Shahih, diriwayatkan oleh Ibnu Majah, 3117).

DOA KETIKA SUJUD LUAR SOLAT

Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do’a (waktu sujud).”H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai

Doa Nabi Yunus itu adalah ayat Quran. Dilarang baca Quran dalam ruku’ dan sujud (oleh itu kalau nak baca, sujud selepas salam):
 

Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

Pertanyaan dan jawapan kepada kafir tentang hidup semula

Mac 26, 2007

Sajadah [10] Dan mereka (yang kafir) itu berkata: Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Betulkah demikian? (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.

Ya-sin [79] Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? Ya-sin [79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Israa [49] Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baru? [50] Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi [51] Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)! Mereka pula akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula? Katakanlah: Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!

Kiamat semakin dekat

Mac 26, 2007

Jika ditanya bila Kiamat, jawabnya “dekat“.Benda yang telah berlalu menjadi semakin jauh kerana ia semakin hari semakin jauh meninggalkan kita. Benda yang belum berlaku akan semakin dekat semakin hari berlalu:-

 Al-Ahzab [63] Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.

Al-Anbiya [1] Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya

Al-Qamar [1] Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.

Al-Maarij [6] Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku). [7] Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku).

Israa [51] ……Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!

Proses kejadian manusia

Mac 26, 2007

Qiyamah [37] Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? [38] Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? [39] Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. [40] Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Hujan – air yang bersih, hidupkan tanah bumi yang mati

Mac 23, 2007

Baqarah [164]……air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya,

Haj [5]……Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai

Furqan [48]……dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, [49] [49] Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.  

 Ar-Ruum [24]..dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu.

Ya-sin [33] Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan

Az-Zukhruf [11] Dan (Dialah) yang menurunkan hujan dari langit menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya.

Al-Jathiya [5] juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya,

Qaaf [11] (Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati;

Zikir lepas beri salam solat

Mac 23, 2007

Biasanya dibaca oleh imam selepas memberi salam

Israa [111] Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!

Orang kaya lambat masuk syurga setengah hari (500) tahun

Mac 22, 2007

Sungguh berat ujian memiliki harta! Sehingga pada suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Wahai orang Muhajirin yang miskin! Aku membawa berita baik iaitu cahaya yang sempurna pada hari perhitungan (Mahsyar) dan kamu akan memasuki syurga terlebih dulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari ini bersamaan dengan 500 tahun (hidup di dunia).” (Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Said al-Khudri).

Sunan Abu Dawud, Book 25, Number 3658 The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) then said: Rejoice, you group of poor emigrants, in the announcement that you will have perfect light on the Day of Resurrection You will enter Paradise “half a day” before the rich, and that is “five hundred years.

Umat Muhammad separuh dari Syurga

Mac 22, 2007

Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami: Tidakkah kamu suka menjadi satu perempat ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu suka sekiranya menjadi satu pertiga ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya aku berharap semoga kamu menjadi separuh dari ahli Syurga. Aku akan memberitahu perkara itu kepada kamu iaitu tentang keadaan orang-orang Islam yang berada di tengah-tengah orang Kafir, adalah seperti sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti sehelai bulu hitam pada lembu putih.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 324

Allah suka dan gembira terima taubat

Mac 22, 2007

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.” 
(Bukhari – Muslim)

Didalam hadis yang lain- 

Sesungguhnya Allah lebih gembira atas taubatnya seorang hamba daripada:

  • orang yang kehausan lalu menemukan sumber air,
  • dan lebih gembira daripada wanita yang mandul yang dapat melahirkan
  • dan lebih gembira daripada orang yang kehilangan lalu menemukan yang hilang itu.

Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

Allah terima taubat

Mac 22, 2007

Maidah [39] Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.