Archive for Jun 2007

Manusia berdoa panjang bila susah

Jun 12, 2007

Fussilat [51] Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.

Advertisements

Doa mudah bersalin

Jun 8, 2007

Surah Abasa ayat 20

Nabi pun tidak tahu perkara ghaib

Jun 8, 2007

Al-Anam [50] Katakanlah (wahai Muhammad); Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib 

Al-A’raf [188] Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. 

An-Naml [65] Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!

Doa mohon keberkatan tempat

Jun 6, 2007

rabbi-anzilni.pngRabbi anzilni munzalan mubarakan wa anta khayrul-munzilin

Mukminun [29] Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat.