Archive for the ‘Baik’ Category

Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan

Julai 30, 2007

Furqan [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Advertisements

Buat baik ditambah kebaikan

Mac 19, 2007

As-Syura [23] …..dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)

Tidak sama baik dan buruk – walau banyak

Mac 19, 2007

Maidah [100] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.

Tidak sama baik dan jahat

Mac 19, 2007

Fatir [34] Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Baik dan buruk

Mac 19, 2007

Baqarah [216] Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya

Perbuatan Baik menghapus kejahatan

Mac 19, 2007

Dari Abdullah  r.a. katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, Ya Rasulullah! Aku telah berdosa, kerana aku bermesraan dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah. Aku telah berbuat dosa dengannya selain bersetubuh. Inilah aku datang, hukumlah aku dengan hukuman apa saja yang hendak anda jatuhkan.

Maka berkata Umar r.a. kepadanya, Seandainya engkau menutupi rahsia dirimu, nescaya Allah tidak akan menghukummu.

Kata Abdullah, Nabi s.a.w. tidak membantah sedikit jua pun ucapan Umar tersebut.

Maka berdirilah lelaki itu kemudian dia pergi.

Kemudian Nabi s.a.w. menyuruh seseorang menyusul dan memanggilnya kembali. Lalu beliau bacakan ayat ini:

Hud [114] Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Maka bertanya seorang anggota jemaah yang hadir. Ya Nabiyallah, Apakah ayat itu ditujukan khusus bagi dia saja. Jwab nabi s.a.w. “Bahkan untuk seluruh umat manusia!”

Di dalam hadis yang lain pula, Sabda Baginda:
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad)

Terima isteri seadanya

Disember 18, 2006

[An-Nisaa 19] bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).