Archive for the ‘Dakwah’ Category

Dakwah dan didik anak, masyarakat

Disember 26, 2006

Gunakan teknik doktor yang baik. Doktor yang baik tidak terus bertanya “encik sakit apa?”, sebaliknya “sila masuk en..xxx, u kerja kat xxxxx kan..dah lama kerja situ..bagaimana saya boleh bantu cik?. Doktor yang baik juga akan mengkaji simptom (tanda) penyakit dan cuba mencari puncanya barulah memberri transkripsi ubat.

Begitu juga dalam berdakwah dan mendidik anak. Cari punca mengapa mereka menjadi liar, mat-rempit, kaki skodeng, minah bohsia dan sebagainya. Bukan terus menghentam mereka dengan kata-kata dan jelingan tajam. Dekati mereka, berkawan dan tanya apa yang mereka minat. Contohnya tanya mereka tahu guna komputer atau tidak. Kalau mereka cakap tahu, minta mereka ajarkan. Kalau mereka tak tahu, kita ajarkan.

Kalau kita tidak mengambil peluang mendekati mereka, ramai lagi penganut agama lain yang akan mendekati mereka. 

Begitu juga dalam mendidik anak. Kita boleh menggunakan berbagai cara. Cara yang paling ekstrem seperti :-

  • menyuruh mereka solat bila tiba waktu, hanya boleh menonton berita di tv.
  • membiarkan sahaja apa yang mereka ingin lakukan

Timbulkan minat, jangan memaksa 

Yang terbaik ialah kita timbulkan minat mereka terhadap agama agar bukan sahaja dihadapan kita mereka solat malah di mana-mana sahaja. Kalau kita terlalu memaksa mereka solat (dan menjadi baik), mereka mungkin akan berbuat demikian di hadapan kita sahaja. Berapa ramai yang bersolat dan bertudung di rumah, masuk universiti buka tudung.

Berdakwahlah secara bijaksana. Mainakan peranan masing-masing samada ibubapa, guru, pemimpin. Tiada guna kita menyalahkan satu sama lain.

Advertisements

Islam suruh berfikir dan mengkaji untuk kukuh iman

Disember 7, 2006

Aali Imran – [190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

An-Nisaa [82] Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

Para Nabi dan Malaikat juga pernah bertanya Allah untuk memperkukuhkan iman dan agar tenang hati mereka:-

Al-Baqarah [260] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

A’raf [143] Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

Al-Baqarah [30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Bila orang tanya ” Bolehkah Allah cipta satu batu yang dia sendiri tidak boleh angkat?

Disember 7, 2006

Jawabnya : Allah hanya buat apa yang dia nak, yang sesuai dan tidak bertentangan dengan sifatnya..iaitu sifat “Maha Berkuasa”.

God can do whatever he wants but he only do “Godly” thing. (contoh sifat 20).

Fatir [1] Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Buruj [16] Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

Rasulullah Sebagai Role Model

Oktober 10, 2006

Al-Ahzab [21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Debat Perdana dengan ahli Kitab

Oktober 10, 2006

Al-Ankabut [46] Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.