Archive for the ‘Derma’ Category

Infaq (derma) apa yang kamu cinta dan sayang

Oktober 16, 2006

Al-Baqarah [177 ]…. kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah,  dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi;  dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim,  orang miskin,  orang yang musafir,  orang yang meminta-minta, 

Aali-imran [92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Rezeki- Allah ganti derma kamu

Oktober 9, 2006

Saba [39] Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.