Archive for the ‘Doa’ Category

Manusia berdoa panjang bila susah

Jun 12, 2007

Fussilat [51] Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.

Doa mudah bersalin

Jun 8, 2007

Surah Abasa ayat 20

Doa mohon keberkatan tempat

Jun 6, 2007

rabbi-anzilni.pngRabbi anzilni munzalan mubarakan wa anta khayrul-munzilin

Mukminun [29] Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat.

Ayat Quran dan Hadis tentang Doa

Mac 27, 2007

DOA SECARA PERLAHAN 

Maryam [3] (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan

Berdoa secara senyap (perlahan) dan khusyu’ Allah terima dan lebih afdal. Allah bukan pekak atau tuli kata Nabi, Tuhan sentiasa bersama kamu:-

Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang gaib, sesungguhnya kalian sedang berdoa kepada Tuhan Yang maha Mendengar lagi Maha Dekat; Dia selalu bersama kalian (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)

MENGANGKAT TANGAN 

Sabda Rasullulloh Shollallahu ‘alayhi wa sallam :
“Sesungguhnya Rabb kalian itu adalah Dzat Yang Maha Pemalu dan Maha Pemurah, Dia merasa malu terhadap hamba-Nya yang menengadahkan tangannya kepada-Nya kemudian Dia mengembalikannya dengan hampa“. (Hadits Shahih, diriwayatkan oleh Ibnu Majah, 3117).

DOA KETIKA SUJUD LUAR SOLAT

Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do’a (waktu sujud).”H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai

Doa Nabi Yunus itu adalah ayat Quran. Dilarang baca Quran dalam ruku’ dan sujud (oleh itu kalau nak baca, sujud selepas salam):
 

Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

Doa dan zikir secara perlahan

Januari 11, 2007

Al-A’raf [205] Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Maryam [3] (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan

Adab dan doa ibu bapa

Disember 7, 2006

Isra’ [23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Doa Ibubapa (Rabbirham huma kama rabbayani soghira)

Isra [24] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Ayat-ayat pendinding dari jin dan syaitan

November 29, 2006

Al-Fatihah 1-7 

Al-Baqarah 1-5

Al-Baqarah 102

Al-Baqarah 163-164

Al-Baqarah 255

Al-Baqarah 285-286

Ali-Imran 18-19

Al-A’raf 54-56

Al-A’raf 117-122

Yunus 81-82

Toha 69

AL-Mukminun 115-118

As-Soffat 1-10

Al-Ahqaq 29-32

Ar-Rahman 33-36

Al-Hasyr 21-24

Al-Jin 1-9

Al-Ikhlas

Al-Falaq

An-Nas

Doa naik kenderaan -Az-Zukhruf 13-14

Oktober 16, 2006

[13] Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. [14] Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

Doa maqbul, tambah lagi

Oktober 13, 2006

As-Syura (As-Shura) [26] Dan Dia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh dan Dia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan) dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.

Berdoalah, (Say your prayer)

Oktober 13, 2006

Al-Baqarah [186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Al-Gafir(Al-Mukmin)[60] Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.