Archive for the ‘Haji’ Category

Haji Tamattuk

Julai 24, 2007

fa man tamattaa bil umrati ilal hajji famastaisara minal hadyi fa malam yajid fasiyamu salasati ayyamin fil hajji wa sabatin iza rajatum tilka asharatun kamilahtun zalika limal lam yakun ahluhu hadiril masjidil harami wattaqullaha walamu annalla shadidul iqabi

Baqarah [196]……..maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

Advertisements

Ibadat haji pelengkap keimanan

November 20, 2006

[Ali-Imran; 97] Allah wajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkan kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu daripada sekalian makhluk).[Al-Hajj: 27] Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki, dan menunggang setiap unta yang kurus, mereka datang dari setiap penjuru jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.