Archive for the ‘Kaya’ Category

Orang kaya lambat masuk syurga setengah hari (500) tahun

Mac 22, 2007

Sungguh berat ujian memiliki harta! Sehingga pada suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Wahai orang Muhajirin yang miskin! Aku membawa berita baik iaitu cahaya yang sempurna pada hari perhitungan (Mahsyar) dan kamu akan memasuki syurga terlebih dulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari ini bersamaan dengan 500 tahun (hidup di dunia).” (Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Said al-Khudri).

Sunan Abu Dawud, Book 25, Number 3658 The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) then said: Rejoice, you group of poor emigrants, in the announcement that you will have perfect light on the Day of Resurrection You will enter Paradise “half a day” before the rich, and that is “five hundred years.

Dia yang memberi kekayaan dan kecukupan

Oktober 11, 2006

Al-Qamar [48] Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;

Kita miskin, ALLAH kaya

Oktober 11, 2006

Fatir [15] (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.