Archive for the ‘Syurga’ Category

Didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa.

September 3, 2007

As-Syuara [90] Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa.

 

Qaf [31] Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).

Syurga itu jauh, di atas langit yg ke tujuh, yg asalnya bercantum dengan bumi:

Anbiyaa [30] Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?

Apa yang seseorang itu hendak, dia dapat dalam Syurga

Julai 31, 2007

fi mashtahat anfusuhum kholidun

Anbiya [102] …. mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

Orang kaya lambat masuk syurga setengah hari (500) tahun

Mac 22, 2007

Sungguh berat ujian memiliki harta! Sehingga pada suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Wahai orang Muhajirin yang miskin! Aku membawa berita baik iaitu cahaya yang sempurna pada hari perhitungan (Mahsyar) dan kamu akan memasuki syurga terlebih dulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari ini bersamaan dengan 500 tahun (hidup di dunia).” (Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Said al-Khudri).

Sunan Abu Dawud, Book 25, Number 3658 The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) then said: Rejoice, you group of poor emigrants, in the announcement that you will have perfect light on the Day of Resurrection You will enter Paradise “half a day” before the rich, and that is “five hundred years.

Umat Muhammad separuh dari Syurga

Mac 22, 2007

Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami: Tidakkah kamu suka menjadi satu perempat ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu suka sekiranya menjadi satu pertiga ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya aku berharap semoga kamu menjadi separuh dari ahli Syurga. Aku akan memberitahu perkara itu kepada kamu iaitu tentang keadaan orang-orang Islam yang berada di tengah-tengah orang Kafir, adalah seperti sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti sehelai bulu hitam pada lembu putih.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 324

Di Syurga memakai sutera(harir) tebal dan nipis (sundusin wa istabrakin)

Januari 12, 2007

Hajj [23] Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera.

Al-Insan [12] Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

Ad-Dukhan [53] Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).

Al-Insan [21] Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

Al-Kahfi [31] Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam;

Taqwa, Syurga mengalir sungai

November 7, 2006

An-Nisaa [15] Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.

Taubat, Iman, Amal Salih = syurga

November 7, 2006

An-naml [60] Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun.

Syurga untuk orang bertaqwa

Oktober 17, 2006

An-Naba [31] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. [32] (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; [33] Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; [34] Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; [35] Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula perkataan yang dusta; [36] Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),

Muhammad [15] Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka

4 sungai = Bismillah Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

4 jenis sungai dalam syurga

Oktober 16, 2006

Muhammad [15] Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka

4 sungai = Bismillah Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Allah Redha, masuk syurga mengalir sungai

Oktober 16, 2006

Aali-Imran [15] Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya

Al-Maidah [119] Allah berfirman: Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.

At-Taubah [21] Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.  

Al-Mujadila [22]Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Al-Bayyinah [8] Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.