Satu Umat

Disember 28, 2009

Al-Maidah [48]….dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

An-Nahl [93] Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.

Az-Zukhruf [33] Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),

Ada dua kategori umat di dunia ini iaitu umat Islam dan umat kafir (walaupun terpecah-pecah kepada bermacam-macam jenis). Keturunan Nabi Adam pada asalnya hanya satu, kemudian mereka berpecah-pecah dan akhirnya akan kembali menjadi satu, balik kepada Allah.

An-Nisaa [1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (adam) dan yang menjadikan daripada (adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai….

Al-Anam [98]….Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (adam)

Az-Zumar [6] Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa)…

Baqarah [213] Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

Anbiya [92] Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. [93] Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).

Mukminun [52] Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepadaKu. [53] Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.

Ali Imran [102]……”jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam“.

Agama rasmi yang diterima Allah hanyalah Islam sahaja. Yang menjadi syarat untuk ke syurga.

Ali-Imran [19] Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam

Ali-Imran [85] Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Tuhan telah tunjuk 2 jalan, pilihlah jalan ke syurga, bukan ke neraka….

Al-Balad [10] Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

DOA SURAH YASIN

Oktober 13, 2008

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam, puji-pujian yang menyamai segala nikmatNya dan sebanding dengan segala tambahanNya. Ya Allah, bagiMu segala puji sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zatMu dan dengan kebesaran kekuasaanMU. Wahai Allah, kurniakan kesejahteraan dan keselamatan ke atas keluarga Penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu’álaiwassalam dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekelian.

Wahai Allah, dengan hak kebenaran Yasiin dan demi Al Quran yang penuh segala hikmah dan demi zat yang telah memiliki membawa risalah kenabian, pemerintahan dan petunjuk kepada jalan Mu yang lurus, dari MU melalui malaikat Jibril yang diturunkan olehMU wahai Yang maha Mulia lagi maha penyayang, dan demi setiap huruf (Al Quran) serta nama-namaMu yang Nyata, wahai zat yang tersembunyi kelembutanMU, yang menghilangkan segala dukacita, yang menghapuskan segala kesusahan bagi semua yang berhutang; wahai zat yang telah menjadikan khazanahnya di antara huruf kaf dan nun, dan yang mengetahui sesuatu yang telah ada dari sebelum adanya.

Aku memohon padaMU Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kedudukan yang baik yang Engkau redhai dan sesungguhnya jadikanlah kami dalam kumpulan yang berbahagia serta mencukupi, dan Engkau permudahkanlah bagi kami semua kehendak kami, ketentuan kami dan kurniakanlah kebaikan bagi kami, kami memohon perlindungan zatMU yang Maha Agung lagi Maha Pengurnia, dan kurniakanlah kepada kami kejayaan yang segera.

Perkenankanlah Ya Allah doa kami dan terimalah olehMU kembalinya kami kelak, masuk dibawah pemeliharaan Engkau dengan rahsia firmanMu bahawa Sesungguhnya apabila Engkau menghendaki sesuatu hanya dengan berkata “kun”, maka jadilah ia. Maha suci Engkau yang dengan kekuasaanMU menguasai segala sesuatu dan kepadaMu semuanya kembali.

Maha suci zat yang menghilangkan segala kehinaan, mahasuci zat yang menghilangkan segala kedukaan, maha suci zat yang memerintahkan, apabila menghendaki sesuatu hanya berkata “kun”maka jadilah ia. Wahai zat yang menghilangkan dukacita, wahai zat yang menghilangkan, hilangkanlah! Hilangkanlah daripada kami segala kesusahan dan dukacita kami. Wahai zat yang hidup! wahai zat yang berdiri dengan sendiri! wahai zat yang Maha Agung lagi Maha Mulia!

Ya ALLAH, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu’alaiwalasam, dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekelian. Segala puji-pujian tertentu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amin amin Ya rab bil ‘alamin.

Didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa.

September 3, 2007

As-Syuara [90] Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa.

 

Qaf [31] Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).

Syurga itu jauh, di atas langit yg ke tujuh, yg asalnya bercantum dengan bumi:

Anbiyaa [30] Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?

Malaikat tidak masuk rumah yg dlmnya ada anjing atau patung

Ogos 8, 2007

Sebagaimana kita tahu, umat Nabi Muhammad saw dilarang membina binaan yang berbentuk objek yang bernyawa :

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أصحاب هذه الصور يوم القيامة يعذبون فيقال لهم أحيوا ما خلقتم وقال : إن البيت الذي فيه الصور لا تدخله الملائكة .

“Maka Rasulullah saw bersabda : Pada hari Kiamat, pembuat imej akan di azab dan dikatakan kepada mereka : beri nyawa kepada mereka yang kamu telah ciptakan, dan baginda bersabda : sesungguhnya rumah yang didalamnya ada lukisan/ukiran/imej tidak akan dimasuki malaikat” [Hadith Riwayat al-Bukhari #1999, Muslim #207].

Sabda baginda saw lagi, berkata Abu Talhah, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة تماثيل

“Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing atau patung” [Hadith Riwayat al-Bukhari #3053, Muslim #2106].

Apa yang seseorang itu hendak, dia dapat dalam Syurga

Julai 31, 2007

fi mashtahat anfusuhum kholidun

Anbiya [102] …. mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan

Julai 30, 2007

Furqan [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bai’ah, yadullah

Julai 25, 2007

Fathir [10] Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad, untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Haji Tamattuk

Julai 24, 2007

fa man tamattaa bil umrati ilal hajji famastaisara minal hadyi fa malam yajid fasiyamu salasati ayyamin fil hajji wa sabatin iza rajatum tilka asharatun kamilahtun zalika limal lam yakun ahluhu hadiril masjidil harami wattaqullaha walamu annalla shadidul iqabi

Baqarah [196]……..maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

Sesat dan menyesatkan

Julai 24, 2007

An-Nisaa [44] Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan petunjuk Tuhan) dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan. An-Nisaa [45] Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu) dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).

Hamba Allah tidak sesat

Julai 16, 2007

Allah mengatakan “hambanya” tidak boleh disesatkan,

Inna ibadi laisa laka alaihim sulthan” :

Hijr [42] Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Israa [65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).